Selain itu, remaja sekarang juga terikut-ikut dengan fesyen idola kegemaran mereka. Meraka mudah terpengaruh dengan artis-artis yang terkenal di dunia. Mereka akan mengikut dan memakai pakaian yang sama ataupun hampir sama dengan pakaian yang dipakai oleh idola mereka. Mereka berpendapat bahawa sekiranya mereka mengikut gaya pemakaian artis-artis tersebut, mereka akan mendapat perhatian. Artis-artis Barat cenderung memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak menutup tubuh. Sebagai contoh, remaja terikut-ikut dengan gaya berpakaian artis Barat yang mengenakan “tube top”, singlet ketat, skirt mini ataupun “hot pants”. Nama-nama artis seperti Britney Spears, Taylor Swift, Jennifer Lopez dan sebagainya yang telah gah di industri muzik menyebabkan remaja mudah terpengaruh untuk bergaya seperti mereka, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kebanyakkan remaja-remaja Islam memakai pelbagai fesyen atau ‘trend’ yang dicelup dengan budaya barat. Adalah sesuatu yang mengecewakan kerana remaja perempuan Islam tanpa segan silunya memakai pakaian yang menutup aurat tetapi menampakkan bentuk tubuh mereka dan menjadi ratapan segenap masyarakat.