Malaysia yang berbilang kaum khususnya kaum Cina dan India.

Malaysia
terkenal dengan budayanya  yang unik
kerana negara Malaysia terdiri  daripada
pelbagai kaum dan agama. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina, dan India. Walaupun
mereka daripada pelbagai kaum dan kepercayaan, mereka hidup dalam keadaan aman
dan saling hormat-menghormati. Kepelbagaian kaum di negara ini membuatkan
Malaysia popular dan menjadi tarikan pelancong domestik dan pelancong dari negara
luar untuk melancong ke negara ini terutamanya untuk menikmati pelbagai jenis
makanan di negara ini. Hal ini demikian kerana setiap kaum dan etnik di negara ini
mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional yang tersendiri. Oleh itu sektor
pelancongan di negara ini dapat memperkenalkan budaya unik Malaysia kepada
negara luar.

Antara
makanan yang paling menarik untuk dicadangkan kepada pelancong luar jika
berkunjung ke negara ini ialah nasi lemak. Nasi lemak ialah makanan tradisional
yang dipelopori oleh kaum Melayu dan nasi lemak merupakan nasi yang mempunyai
lemak yang berasal daripada buah kelapa. Pada masa ini, nasi lemak bukan sahaja
digemari oleh masyarakat Melayu dan kaum lain, malah nasi lemak juga agak
terkenal kepada pelancong-pelancong dari negara luar yang berkunjung ke negara
ini.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Terdapat
beberapa sebab mengapa nasi lemak dijadikan contoh yang terbaik sebagai medium
untuk menarik pelancong daripada negara luar untuk mencuba makanan tradisional
Melayu ini. Antaranya ialah nasi lemak merupakan makanan yang diasaskan oleh
kaum Melayu, walaubagaimanapun ia telahpun dijadikan makanan harian kepada
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum khususnya kaum Cina dan India. Kita
dapat lihat setiap hari, mereka kerap kali menjadikan nasi lemak sebagai menu
mereka untuk sarapan pagi. Malah, majoriti restoran di Malaysia turut menyediakan
nasi lemak. Situasi ini menunjukkan bahawa Malaysia berjaya menyatupadukan kaum
melalui aspek makanan. Hal ini demikian, ia turut memberi daya tarikan kepada
para pelancong dari negara luar untuk mencuba keunikan makanan ini sendiri.
Malah, ia turut membuka mata mereka bahawa nasi lemak merupakan contoh makanan
orang Melayu yang dapat diterima oleh kaum-kaum lain.

Selain
daripada agen perpaduan kaum, nasi lemak juga mempunyai rasa yang menarik. Keenakan
nasi lemak terletak pada sambal yang dihidangkan bersama nasi lemak. Selain
sambal, nasi lemak juga dihidangkan dengan pelbagai lauk, antaranya ialah lauk
ayam, ikan bilis, udang dan ikan keli. Kepelbagaian lauk dan keenakan sambal
nasi lemak diakui oleh ramai, malah harganya yang serendah RM 3 juga membuka
peluang kepada pelancong untuk mencubanya kerana harganya yang murah dan sesuai
untuk mereka sebagai pelancong dari negara luar. Keunikan hidangannya turut
menarik minat mereka kerana hidangan nasi lemak agak pelik kerana ia
dihidangkan dengan ikan bilis, sambal, dan timun dimana ia hanya terdapat di
Malaysia sahaja. Rasa nasi lemak yang enak dan sambal tumisnya sudah pasti
menambat selera para pelancong yang pertama kali mencuba nasi lemak.

Kesimpulannya,
nasi lemak bukan sahaja merupakan makanan harian kepada masyarakat Malaysia,
namun melalui makanan inilah yang membawa kepada kemesraan dan penyatuan kaum.
Tegasnya, nasi lemak bukan sahaja membawa simbolik perpaduan kaum, malah ia
membawa identiti Malaysia terkenal dengan keunikan makannya ke persada dunia.
Kini, nasi lemak diinovasikan sehingga menjadi makanan segera seperti mee
segera bagi mendedahkan keunikan makanan Malaysia seperti nasi lemak kepada
dunia.