BAB sesuatu kajian (Yahaya et al., 2007). Bagi

BAB
3

 

METODOLOGI

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

3.1       Pengenalan

 

Bab
ini menerangkan tentang kaedah yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu
kajian. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan metodologi adalah sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan dan
disiplin. Metodologi juga ditaktifkan sebagai panduan atau cara dalam
melaksanakan sesuatu kajian (Yahaya et
al., 2007). Bagi memastikan kajian yang dilaksanakan berjalan lancar dan
sistematik, pengkaji perlu mengenal pasti dan menentukan reka bentuk kajian
dengan terperinci dan bersesuaian. Selain daripada itu, penentuan sampel dan
populasi, pembinaan dan pengujian instrumen yang digunakan, pelaksanaan kajian
rintis, kaedah pengumpulan dan penganalisisan data, pengendalian kajian sebenar
dan prosedur kajian serta kedah analisis yang digunakan turut akan
dibincangkan.

 

            3.2       Reka
Bentuk Kajian

           

Kajian
ini telah dilaksanakan melalui pendekatan reka bentuk kajian kuantitatif dengan
menggunakan kaedah tinjauan. Dalam penyelidikan kuantitatif, data yang diukur
adalah mengutamakan kesahan dan kebolehpercayaan, dan reka bentuk kajian ini
berfungsi untuk menguji teori, membina fakta dan menyatakan perhubungan antara
pembolehubah-pembolehubah dalam fenomena yang dikaji (Chua, 2014). Manakala
bagi proses pengumpulan data, instrumen soal selidik berdasarkan skala Likert lima mata telah digunakan.
Kemudian, data telah dianalisis dengan melaksanakan ujian statistik analisis deskriptif
dan analisis inferensi. Statistik merupakan komponen yang sangat penting
sebagai alat untuk menganalisis data yang diperoleh dalam suatu penyelidikan
kuantitatif (Yahaya et al., 2007).
Kajian ini telah melibatkan seramai 30 orang pelajar sebagai responden kajian
rintis. Manakala, kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk menentukan
responden sebagai sampel kajian sebenar.

 

            3.3       Kerangka
Operasi Kajian

 

Bagi
melaksanakan kajian secara sistematik, pengkaji perlu menyusun strategi secara
terperinci supaya proses melaksanakan kajian dapat dilaksanakan dengan lancar
serta menepati masa yang ditetapkan. Beberapa langkah pengoperasian kajian
dilakukan mengikut peringkat bertujuan. Rajah 3.1 menggambarkan susunan dan
keutamaan pelaksanaan dalam proses penyelidikan.

Bagi memulakan sesuatu kajian, pengkaji perlu
mengenal pasti apakah isu atau masalah yang ingin dikaji. Kemudian, berdasarkan
masalah tersebut, pengkaji perlu membentuk penyataan masalah berpandukan kepada
pembacaan bahan literatur yang bersesuaian. Melalui pembacaan tersebut,
pengkaji perlu membuktikan tentang kewujudan masalah yang ingin dikaji. Selepas
itu, objektif kajian yang ingin dicapai perlu ditentukan dan diikuti dengan
persoalan-persoalan kajian yang ingin dikaji. Proses ini melibatkan pemilihan
pembolehubah-pembolehubah bebas yang ingin dikaji.

            Pada peringkat kajian literatur,
pengkaji perlu membuat analisis melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah seperti
buku, jurnal dan kertas persidangan berkaitan masalah yang dikaji serta
mengemukakan dapatan-dapatan daripada pengkaji terdahulu. Selepas itu, proses
pemilihan reka bentuk kajian ditentukan supaya pengkaji dapat membuat
perancangan dengan teliti dan memudahkan proses pelaksanaan kajian dijalankan
mengikut jadual yang ditetapkan.  Selepas
reka bentuk kajian ditentukan, proses pembinaan instrument dilaksanakan.
Instrumen yang dihasilkan haruslah menepati objektif dan dapat menjawab
persoalan-persoalan yang ditetapkan. Sebelum instrumen soal selidik ditadbir
untuk kajian rintis, ia perlulah melalui proses kesahan muka dan kesahan
kandungan daripada pakar seperti Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional
dan pensyarah. Melalui kajian rintis, pengkaji dapat membuat penambahbaikan
terhadap instrumen yang dihasilkan seterusnya instrumen tersebut boleh ditadbir
ke atas responden kajian sebenar.

             

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 3.1: Kerangka Operasi Kajian
(adaptasi daripada Chua, 2014)

 

Selepas
proses pengumpulan data, pengkaji akan membuat analisis data dengan menggunakan
analisis deskriptif dan analisis inferensi. Justeru, hasil dapatan kajian akan
dibincangkan dalam Bab 4 dan seterusnya pengkaji akan membuat perbincangan dan
kesimpulan dalam Bab 5 berkaitan hasil kajian yang diperolehi. Kerangka operasi
kajian dapat diperjelaskan berdasarkan carta Gantt yang dilampirkan melalui LAMPIRAN
A.

 

            3.4       Prosedur
Operasi Kajian

 

Prosedur
kajian merupakan tatacara seseorang penyelidik membuat pengumpulan dan
pengutipan data. Pelaksanaan kajian dimulakan dengan mengenal pasti masalah
kajian atau isu yang ingin dikaji, membina objektif kajian dan
persoalan-persoalan kajian serta mengenal pasti reka bentuk kajian yang
digunakan dengan melibatkan pendekatan kajian dan analisis yang telah
digunakan.

            Dalam kajian ini, bagi menjawab
objektif dan persoalan berkaitan tahap kesediaan pelajar dari aspek
pengetahuan, sikap dan kemahiran terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), pengkaji telah
menggunakan pendekatan kuantitatif. Seterusnya kajian tinjauan telah
dilaksanakan menggunakan kaedah soal selidik dan data yang diperolehi adalah
data skala ordinal. Kemudian, analisis deskriptif telah dilaksanakan untuk
mencari nilai skor min dan sisihan piawai bagi setiap pemboleh ubah bebas yang
dikaji.

            Bagi menjawab objektif dan persoalan
kajian tentang perbezaan tahap kesediaan dari aspek pengetahuan terhadap
penguasaan KBAT dalam mata pelajaran RBTberdasarkan jantina, pengkaji masih
menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah tinjauan dengan menggunakan soal
selidik telah digunakan untuk memperoleh data dalam skala ordinal. Selepas itu,
ujian statistik telah menggunakan analisis inferensi dengan menggunakan ujian T
bagi melihat sama ada terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan
terhadap penguasaaan KBAT dalam mata pelajaran RBT bagi aspek pengetahuan.

 

            3.5       Lokasi
Kajian

           

Kajian
ini telah melibatkan enam buah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
iaitu SMA Lughatul Quran, SMA Lughatil Arabiah dan SMA Darul Ulum daripada
daerah Tangkak, SMA At-Tanwiriah dan SMA Ad-Diniah daripada daerah Muar serta
SMA Al-Khairiah, Segamat. Dua buah sekolah adalah kategori sekolah harian dan empat
buah sekolah adalah kategori asrama harian. Selain itu, kesemua sekolah ini
melaksanakan aliran yang sama iaitu Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Surat
kebenaran untuk melaksanakan kajian boleh dirujuk melalui LAMPIRAN B.

 

            3.6       Populasi
dan Sampel Kajian

 

Dalam
kajian ini, populasi kajian adalah terdiri daripada semua pelajar tingkatan
satu di 15 buah SABK di negeri Johor iaitu seramai 921 orang pelajar. Populasi
adalah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Menurut Yahaya
et al. (2007), populasi merupakan
satu kumpulan yang memenuhi spesifikasi atau kriteria. Oleh yang demikian 15
buah sekolah ini dijadikan sebagai populasi kerana pengambilan pelajar
tingkatan satu ke sekolah ini menggunakan kriteria yang sama berbanding 5 buah
sekolah lagi yang mengambil kira pencapaian akademik yang tinggi dalam
peperiksaan UPSR sebagai syarat utama kemasukan. Namun begitu, pengkaji mungkin
tidak mampu untuk melaksanakan kajian terhadap keseluruhan populasi. Oleh yang
demikian, pengkaji perlu memilih wakil dalam sesebuah populasi iaitu sampel.
Sampel kajian merupakan sebahagian elemen daripada populasi (Chua, 2014). Dalam
kajian ini, pemilihan sampel yang dibuat adalah menggunakan persampelan rawak
mudah. Sampel terdiri daripada SABK daerah Tangkak, Muar dan Segamat. Ini
kerana, sampel yang dipilih dapat mewakili ciri-ciri yang sama bagi keseluruhan
populasi. Merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970)
untuk aras signifikan p ? 0.05, bagi saiz populasi 950, bilangan sampel yang
diperlukan adalah 274 orang (Chua, 2014). Oleh itu, kesemua pelajar seramai 310
orang yang mengambil mata pelajaran RBT sebagai mata pelajaran elektif wajib
telah menjadi responden dalam kajian ini (rujuk LAMPIRAN C). Jadual 3.1
menunjukkan taburan sampel untuk kajian yang telah dijalankan.

 

 

 

Jadual
3.1: Saiz Sampel Kajian

 

Bil

Nama Sekolah

Bilangan Pelajar

Lelaki

Perempuan

1

SMA
Lughatul Quran, Tangkak

43

49

2

SMA
Lughatil Arabiah, Tangkak

9

25

3

SMA
Darul Ulum, Tangkak

17

13

4

SMA
At-Tanwiriah, Muar

27

30

5

SMA
Ad-Diniah, Muar

12

19

6

SMA
Al-Khairiah, Segamat

33

33

Jumlah

141

169

 

            3.7       Instrumen
Kajian

 

Dalam
kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen
kajian. Soal selidik yang digunakan adalah bentuk tertutup. Kelebihan
menggunakan kaedah ini ialah liputan kajian adalah luas kerana boleh
dilaksanakan kepada ramai responden. Di samping itu, melalui soal selidik
maklumat lebih mudah diperolehi dan jawapan mudah untuk di analisis serta
pemilihan responden adalah secara rawak. Ini kerana, item soal selidik adalah
dalam bentuk berstruktur dan responden hanya perlu memilih jawapan yang
ditentukan sahaja (Chua, 2014). Instrumen soal selidik yang baik mestilah
melibatkan semua maklumat yang diperlukan (Abu Bakar, 2007).

Terdapat tiga instrumen kajian yang telah dibina
iaitu instrumen soal selidik tentang tahap kesediaan pelajar dari aspek
pengetahuan, sikap dan kemahiran terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT. Item
dalam instrumen ini menggunakan skala Likert lima mata iaitu skala 1 mewakili
“Sangat Tidak Setuju”, skala 2 mewakili “Tidak Setuju”, skala 3 mewakili
“Kurang Setuju”, skala 4 mewakili “Setuju” dan skala 5 mewakili “Sangat
Setuju”. Skala Likert merupakan skala ordinal yang menggunakan data-data selanjar
dan disusun secara teratur mengikut turutan menaik, di mana angka yang kecil
memberi nilai yang kecil dan angka yang besar memberi nilai yang lebih besar.
Selain itu, data yang diperolehi menggunakan skala Likert mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi berbanding skala Thurstone dan Guttman (Chua,
2014).

Instrumen soal selidik yang telah dibangunkan untuk
kajian ini mengandungi empat bahagian seperti dalam LAMPIRAN D, iaitu:

 

(i)                
Bahagian
A : Maklumat Peribadi / Demografi

Pada bahagian ini, mengandungi item-item
yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi atau latar belakang
responden iaitu jantina, pencapaian akademik (keputusan peperiksaan UPSR) dan
lokasi sekolah terakhir ketika darjah enam.

 

(ii)              
Bahagian
B : Aspek Pengetahuan

Bahagian B terdiri daripada
item-item yang melibatkan faktor pelajar untuk mengukur konstruk pengetahuan.
Item-item yang diukur adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan
dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) RBT serta
melibatkan empat domain kognitif KBAT iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan mencipta. Kriteria-kriteria yang diuji adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 3.2 di bawah:

 

Jadual 3.2: Kriteria item aspek
pengetahuan

 

 

(Sumber: Draf
DSKP RBT TAHUN 6)

 

(iii)            
Bahagian
C : Aspek Sikap

Bahagian C terdiri daripada
item-item yang melibatkan faktor pelajar untuk mengukur konstruk sikap.
Item-item yang diukur adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan
dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) RBT. Jadual 3.3 di
bawah menunjukkan kriteria-kriteria yang diuji untuk konstruk sikap:

 

Jadual 3.3: Kriteria item aspek sikap

 

 

 (Sumber: Draf DSKP RBT TAHUN 6)

 

(iv)            
Bahagian
D : Aspek Kemahiran

Bahagian D terdiri daripada
item-item yang melibatkan faktor pelajar untuk mengukur konstruk kemahiran.
Terdapat dua kemahiran yang akan diuji iaitu kemahiran praktis dan kemahiran
berfikir. Kriteria-kriteria kemahiran adalah seperti dalam Jadual 3.4:

 

Jadual 3.4: Kriteria item aspek
kemahiran

 

 

 (Sumber: Draf DSKP RBT TAHUN 6)

1.8             
Kesahan
dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

 

Kesahan
instrumen kajian perlu dibuat bagi memastikan item-item yang diukur adalah
memenuhi spesifikasi elemen-elemen yang hendak dikaji. Melalui pendekatan
kuantitatif, kesahan dapat dicapai apabila konsep-konsep di peringkat
konseptual dapat didefinisikan selari dengan konsep-konsep di peringkat
operasional (Chua, 2014). Kesahan yang telah dilaksanakan ialah kesahan muka
dan kesahan kandungan. Proses kesahan ini telah dirujuk kepada tiga orang pakar
iaitu seorang Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional, seorang Guru
Kanan Mata Pelajaran Bahasa dan seorang pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional, UTHM. Dokumen borang semakan soal selidik adalah seperti di LAMPIRAN
E.

Kebolehpercayaan ialah ketekalan sesuatu item yang
diuji. Contohnya, seorang responden akan memberi jawapan yang sama terhadap
suatu item walaupun ia menjawab untuk beberapa kali dalam suatu jangka masa.
Kaedah Cronbach telah digunakan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen
kajian. Melalui kaedah ini, item yang memperoleh nilai korelasi yang tinggi
dengan skor indeks ujian merupakan item yang mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi manakala item yang memperoleh nilai korelasi yang rendah merupakan item
yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah dan item ini perlu disingkirkan
daripada instrumen kajian (Chua, 2014). Jadual 3.5 menunjukkan pekali saiz Cronbach’s Alpha.

 

Jadual
3.5: Pekali saiz Cronbach’s Alpha

 

 

            3.9       Kajian
Rintis

 

Kajian
rintis merupakan kajian percubaan yang dilaksanakan dalam sekumpulan kecil
peserta yang bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan yang terdapat pada
instrumen kajian dan tatacara kajian yang telah dilaksanakan. Menurut Chua
(2014), pada kebiasaannya kajian rintis melibatkan 30 orang responden. Oleh
itu, kajian rintis ini telah dilaksanakan terhadap 30 orang pelajar tingkatan
satu daripada SMA Shamsuddiniah, Tangkak. Dengan melaksanakan kajian rintis,
pengkaji dapat membuat semakan berkaitan kejelasan item-item, arahan dan susun
atur soal selidik yang disediakan. Di samping itu, kajian rintis ini juga
digunakan bagi menentukan normaliti, kebolehpercayaan dan kesahan item soal
selidik dan menilai kesesuaian item dengan format jawapan.

Oleh sebab itu, pengkaji juga perlu membuat semakan
terhadap masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik berdasarkan bilangan
item yang disediakan. Jika perlu, pengkaji haruslah mengenal pasti dan
menggugurkan item yang tiada kaitan dalam soal selidik. Justeru, dengan
melaksanakan kajian rintis, pengkaji dapat melatih dirinya untuk menguruskan
kajian sebenar dengan lancar dan berkesan. Ini bermakna, kajian rintis
merupakan suatu bahagian yang penting dalam melaksanakan kajian yang baik
(Chua, 2014).

 

            3.10     Analisis
Data Ujian Rintis

 

Ujian
rintis yang dilaksanakan telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) Version 23.0. Ujian statistik dilakukan dengan tujuan untuk mengenal
pasti dan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap item-item soal
selidik yang ditadbirkan kepada responden kajian sebenar. Dalam kajian ini,
item yang mempunyai nilai Cronbach’s Aplha melebihi 0.6 akan diterima,
manakala item soal selidik yang tidak memenuhi spesifikasi yang telah
ditetapkan akan disingkirkan daripada senarai soal selidik.

Ujian rintis telah
ditadbirkan terhadap 30 orang pelajar tingkatan satu di sebuah Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) menggunakan persampelan rawak mudah. Data yang
diperoleh daripada kajian rintis akan digunakan untuk melaksanakan ujian normaliti
dan ujian kebolehpercayaan (reliability). Seterusnya, item-item soal
selidik yang telah memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh ditadbirkan terhadap
responden kajian sebenar.

 

3.10.1  Ujian Normaliti

 

Ujian
normaliti dijalankan bagi melihat kenormalan sesuatu data sama ada data yang
diperoleh bertaburan normal atau pun tidak. Dalam kajian ini, kenormalan data ditunjukkan
menggunakan graf Q-Q plot dan melalui kaedah Skewness dan Kurtosis.

Melalui graf Q-Q plot, kenormalan
data dapat dilihat dengan jelas. Taburan data untuk aspek pengetahuan
ditunjukkan dalam Rajah 3.2, manakala taburan data bagi aspek sikap merujuk
kepada Rajah 3.3 dan taburan data yang melibatkan aspek kemahiran ditunjukkan
dalam Rajah 3.4. Kesemua data adalah bertaburan normal kerana data yang
diperoleh daripada responden bertaburan dan tertumpu pada garisan lurus.
Analisis data untuk ujian normaliti telah ditunjukkan dalam LAMPIRAN F.

 

 

Rajah 3.2:
Jangkaan Min Aspek Pengetahuan

 

Rajah 3.3: Jangkaan Min Aspek Sikap

 

Rajah 3.4: Jangkaan Min Aspek
Kemahiran

 

Berdasarkan Jadual 3.6, hasil analisis ujian
normaliti yang menggunakan Kaedah Skewness dan Kurtosis
menunjukkan bahawa, data-data yang diperoleh melalui kajian rintis adalah
bertaburan normal. Merujuk kepada Chua (2014), jika nilai Skewness dan Kurtosis
berada antara nilai ?1.96 hingga 1.96 maka data tersebut adalah bertaburan
normal. Merujuk kepada Jadual 3.6, nilai Skewness dan Kurtosis
untuk aspek pengetahuan ialah ?0.269 dan ?0.027, ini menunjukkan bahawa taburan data untuk aspek pengetahuan
adalah normal. Seterusnya, nilai Skewness dan Kurtosis
untuk aspek sikap ialah ?0.465 dan ?0.073, ini bermakna data turut bertaburan normal. Selain itu, nilai
Skewness dan Kurtosis untuk aspek kemahiran ialah 0.227 dan ?0.780, ini jelas menunjukkan bahawa taburan data untuk aspek
pengetahuan juga normal.

 

Jadual 3.6: Ujian Normaliti Skewness dan Kurtosis

 

Normaliti

Skewness

Kurtosis

Pengetahuan

– 0.269

– 0.027

Sikap

– 0.465

– 0.073

Kemahiran

0.227

– 0.780

           

Pencongan taburan merujuk kepada
nilai Skewness, iaitu apabila Skewness bernilai positif maka graf
adalah pencong positif, manakala Skewness yang bernilai negatif akan
menunjukkan graf pencong negatif. Kurtosis pula akan menunjukkan lengkungan
taburan. Jika Kurtosis bernilai positif maka lengkung taburan adalah
tinggi (leptokurtik), manakala jika Kurtosis bernilai negatif maka
lengkung taburan adalah rendah (platikurtik).

 

3.10.2  Ujian Kebolehpercayaan (Reliability)

 

Berpandukan kepada jadual peraturan umum pekali saiz
Cronbach’s Alpha (rujuk Jadual 3.5), jika nilai Cronbach’s Alpha
yang diperolehi melebihi daripada nilai minima yang ditetapkan iaitu 0.6, maka
soal selidik yang ditadbirkan memiliki kebolehpercayaan. Jadual 3.7 menunjukkan
bahawa nilai Cronbach’s Alpha yang diperolehi bagi keseluruhan item yang
diuji dalam konstruk pengetahuan ialah 0.946. Ini bermakna, soal selidik yang
digunakan adalah kategori terbaik.

 

Jadual 3.7: Nilai Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan item dalam
konstruk Pengetahuan

Cronbach’s Alpha

Bilangan Item (N)

0.949

10

 

Seterusnya, Jadual 3.8 di
bawah menunjukkan bahawa nilai Cronbach’s Alpha yang diperolehi bagi
keseluruhan item yang diuji dalam konstruk sikap ialah 0.892. Ini bermakna,
soal selidik yang digunakan adalah kategori sangat baik.

 

Jadual 3.8: Nilai Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan item dalam
konstruk Sikap

 

Cronbach’s Alpha

Bilangan Item (N)

0.892

10

 

Kemudian, Jadual 3.9
menunjukkan bahawa nilai Cronbach’s Alpha yang diperolehi bagi
keseluruhan item yang diuji dalam konstruk kemahiran ialah 0.85. Ini bermaksud,
soal selidik yang digunakan adalah kategori sangat baik.

 

Jadual 3.9: Nilai Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan item dalam
konstruk Kemahiran

 

Cronbach’s Alpha

Bilangan Item (N)

0.885

10

 

 

3.11     Prosedur Pengumpulan Data Kajian

 

Prosedur
pengumpulan data kajian telah dimulakan dengan mendapatkan enrolmen sebenar
populasi pelajar tingkatan satu di 15 buah SABK yang terlibat di negeri Johor.
Selepas itu, pengkaji perlu mengenal pasti jumlah sampel sebenar yang
melibatkan enam buah sekolah kajian iaitu SMA Lughatul Quran, SMA Lughatil
Arabiah, SMA Darul Ulum, SMA At-Tanwiriah, SMA Ad-Diniah dan SMA Al-Khairiah.
Kemudian, soal selidik telah ditadbirkan kepada semua responden yang terlibat
melalui persampelan bertujuan.

 

            3.12     Kaedah
Menganalisis Data

 

Dalam
kajian ini, pengkaji telah melaksanakan ujian statistik analisis deskriptif dan
analisis inferensi dengan menggunakan perisian SPSS Version 23.0. Dengan melaksanakan analisis deskriptif terhadap
pemboleh ubah bebas pengetahuan, sikap dan kemahiran, pengkaji telah
menggunakan skor min dan sisihan piawai yang diperoleh untuk dijadikan sebagai
dapatan kajian. Manakala, ujian T telah digunakan untuk analisis inferensi bagi
melihat sama ada terdapat perbezaan di antara pelajar lelaki dan perempuan bagi
aspek pengetahuan terhadap penguasaan KBAT dalam mata pelajaran RBT. Menurut
Chua (2013), ujian T perlu digunakan bagi mencari perbezaan terhadap dua
kumpulan yang melibatkan satu pembolehubah bebas. Jadual 3.10 menunjukkan
kaedah analisis data yang telah digunakan untuk kajian ini.

 

Jadual 3.10: Kaedah dan jenis ujian yang digunakan

 

Objektif
Kajian

Persoalan
Kajian

Kaedah

Statistik

Instrumen

1.      
Mengenal pasti tahap kesediaan
pelajar dari aspek pengetahuan terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT.
 

1.      
Apakah tahap kesediaan pelajar
dari aspek pengetahuan terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT.

Analisis
Deskriptif:
 
·        
Skor Min
·        
Sisihan Piawai
 

Soal selidik
 

2.      
Mengenal pasti tahap kesediaan pelajar
dari aspek sikap terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT.
 

2.      
Apakah tahap kesediaan pelajar
dari aspek sikap terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT.

Analisis
Deskriptif:
 
·        
Skor Min
·        
Sisihan Piawai
 

Soal selidik
 

3.      
Mengenal pasti tahap kesediaan
pelajar dari aspek kemahiran terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT.
 

3.      
Apakah tahap kesediaan pelajar
dari aspek kemahiran terhadap KBAT dalam mata pelajaran RBT.

Analisis
Deskriptif:
 
·        
Skor Min
·        
Sisihan Piawai
 

Soal selidik
 

Jadual 3.10 (sambungan)

4.      
Mengenal pasti perbezaan  tahap kesediaan dari aspek pengetahuan
terhadap penguasaan KBAT dalam mata pelajaran RBT dalam kalangan pelajar
rintis RBT berdasarkan jantina.

4.      
Adakah terdapat perbezaan  tahap kesediaan dari aspek pengetahuan
terhadap penguasaan KBAT dalam mata pelajaran RBT dalam kalangan pelajar
rintis RBT berdasarkan jantina.
 

Analisis
Inferensi:
 
·        
Ujian T

Soal selidik
 

 

 

            3.13     Rumusan       

 

Dalam
bab metodologi ini, pengkaji telah membuat penerangan tentang bagaimana kajian
ini telah dilaksanakan secara keseluruhan. Melalui prosedur kajian yang telah
dibincangkan, proses aliran kajian dapat ditunjukkan secara teliti dan teratur.
Pendekatan yang telah digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif
dengan menggunakan instrumen soal selidik skala Likert lima mata. Hasil daripada dapatan kajian, data kuantitatif
yang diperolehi telah ditadbir dan dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 23.0. Bagi membuat analisis
deskriptif terhadap pemboleh ubah bebas yang terlibat, skor min dan sisihan
piawai telah digunakan. Manakala untuk analisis inferensi pula, ujian T telah
digunakan untuk mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan dari aspek pengetahuan
terhadap penguasaan KBAT terhadap mata pelajaran RBT berdasarkan jantina.
Seterusnya, dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan objektif dan persoalan
kajian yang ditetapkan akan dibincangkan di dalam Bab 4 dan Bab 5.